-->
  • Lari Nail Lari (Di Penghujung Waktu) Fragmen Terakhir



    Lari Nail Lari (Di Penghujung Waktu) Fragmen Terakhir...

    “ Malam yang sunyi tanpa suasana yang gelap adalah perasaan yang gagal.”

    “ Christine, hidup aku ibarat ke neraka, dan yang mendorong aku pergi jauh dari sini adalah ingatanku bersamamu. Ingatan itu tetap kekal dan segar, Christine.Itu yang melegakan….” Nail melangkah perlahan meninggalkan Christine yang masih termangu.Ranting kayu yang dipegangnya dilepaskan ke tanah. Angin petang menyapu lembut rambut Christine, menutupi sedikit wajahnya. Christine membiarkannya saja.
    Christine menganggap aku seperti magik.Seorang pelindung yang sentiasa berada di sisinya.Bagaimana mampu aku mengucapkan selamat tinggal kepadanya?Christine, terima kasih…

    Nail menuju ke arah Corolla Altis 2.0V,miliknya.Pintu kereta dibuka perlahan.Christine sekadar memerhati dari jauh. Seakan kaku dan membiarkan sahaja Nail berlalu pergi.Nail, mengapa kau mesti pergi? Bukankah kau seharusnya melindungiku? Getus hatinya.Sempat, dia melihat wajah tenang Nail sebelum lelaki itu memasuki perut kereta, dan kemudian menutup pintu.Christine merasa ada genang di kolam matanya.Sedaya dia cuba untuk menyeka, namun dia tidak mampu.

    “ Simpanlah air mata untuk lelaki yang disayangi.Sampai saatnya, barulah kau menitiskannya,”
    Tiba-tiba, hatinya berkocak bimbang. Christine teringat akan kata-kata Nail. Nail…
    Saat Nail menghidupkan enjin kereta, dia terdengar suara bercampur-baur di mindanya.Dan kemudian amat hampir, bergema di gegendang telinganya.
    “Ampunilah perbuatan kami dari dahulu hingga kini.”
    Christina…
    Keboooommm!!!

    Ingat kata-kataku Christine.Simpanlah air mata untuk lelaki yang disayangi.Sampai saatnya, barulah kau menitiskannya. Terima kasih, Christine.Terima kasih...

    Karya Asal : Ronny Montegerai

    Diedit dan disesuaikan : Abraham Nyerang

    Foto : Gambar Hiasan
  • You might also like

    Tiada ulasan: