Zaman-Zaman Keriangan
(Warna Sari Kehidupan)
Tanah lapang di
belakang rumah
Pernah jadi arena
rakan sepermainan
Bermain guli dan
tikam selipar
Diseri tempik
sorak, derai tawa
Sesekali menangis
guli pecah
Lebihnya suka orang
lain kalah
Zaman yang penuh keriangan
Suatu waktu
anak-anak hingusan.
Petang-petang
begini
Siap sudah
ketul-ketul batu
Kayu bercabang
terselit kemas
Antara seluar getah
dan punggung berisi
Tempatnya di hutan
tebal menjejak
Jauh tidak dari
tanah lapang
Jenis apakah
bertuah ini kali?
Zaman yang penuh
keriangan
Suatu waktu hendak
akil baligh.
Di bangku kayu di
bawah pohon sena
Duduk-duduk merpati
dua sejoli
Beg, buku-buku dan
alat tulis tumpang sekaki
Tunggu dulu nanti
ulang kaji
Kerana ini masa
untuk bermadah
Ini masa untuk
pantun seloka
Zaman yang penuh
keriangan
Suatu waktu sudah
masuk remaja.
Sabtu pagi
yang tenang dan damai
Hari
terindah alam dewasa
Mengekal
bahagia menguji hati
Tika
saat-saat mendatang
Perasaan
tiada terbayangkan
Bila
mendengar tangisan pertama
Kini sudah
bergelar ayah
Kini sudah
bergelar ibu
Zaman yang
penuh keriangan
Suatu
waktu sudah berumahtangga.
Zaman-zaman
keriangan
Yang tetap
diingati sememangnya
Mengajar
erti masa kerinduan
Di kala
sepi begini; permata hati di perantauan
Saat diri
dimamah usia
Mampukah
diulang lagi?
Zaman-zaman
keriangan
Warna sari
kehidupan
Hadirnya
hanya sekali.
Abraham
Nyerang, 1999.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan