Kenapa buli berlaku? Ini kajian saya tentang buli.Dan saya sedang menyiapkan Why Me : Mengapa Harus Aku.Selamat membaca.
WHY : ME? Mengapa Harus Aku... DIMENSI RASA MANGSA BULI
Ketika masa sunyi, aku seringkali terfikir akan gejala buli dalam masyarakat.Aku memanggilnya gejala kerana ia semakin membarah seperti sesuatu yang tidak tertahan-tahan. Aku pernah melihat sekumpulan anak-anak bermain.Ada yang aktif dan ada yang hanya memerhati,sekadar duduk melihat teman lain bermain.Anak-anak yang aktif cenderung untuk bersifat dominan manakala yang pasif bersifat menerima dan lebih suka berdiam diri. Bagaimana buli boleh berlaku di kalangan kanak-kanak? Ia adalah satu persoalan yang tentunya boleh dijawab oleh pakar psikologi.Aku bukan pakar psikologi,cuma aku sedar dan tahu kanak-kanak yang pasif cenderung untuk menjadi mangsa buli. Kenapa?Kerana dia tidak tahu bergaul atau tidak pandai membiasakan diri dengan rakan-rakan yang lain. Itulah jawapan yang paling mudah, barangkali. Adakah ia jawapan yang paling tepat?Apa yang akan berlaku kepadanya apabila dia membesar kelak? Kanak-kanak yang pernah menjadi mangsa buli ketika kecil tetap membesar seperti kanak-kanak yang lain,cuma kepedihan masa lampau tetap akan diingatinya.Aku memanggilnya kepedihan kerana kanak-kanak mempunyai ingatan yang tajam dan apa-apa jua pengalaman yang dialaminya lebih-lebih lagi yang bersifat kesakitan akan disimpan dalam bentuk memori.Apabila kanak-kanak itu meningkat remaja, dia cenderung untuk dibuli lagi.Kenapa?Apakah dalam tempoh itu dia tidak mampu untuk mengubah dirinya menjadi keras sedikit,menambah pergaulannya,atau lebih hebat lagi menjadi ikutan dan idola remaja yang seangkatan dengannya?Ini adalah kerana dia rasa rendah diri dan hilang keyakinan.Motivasi dan moral dalam dirinya telah dihancurkan.Apa yang menyedihkan dia terusan dipukul atau disepak terajang.Emosi yang bercelaru ini memungkinkan dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran.Namun, sekiranya dia berfikiran positif dia mampu menangani situasi dan seterusnya melangkah jauh. Apabila mangsa buli menginjak dewasa, dia juga akan bekerja seperti yang lain.Alam pekerjaan amat berbeda kalau dibandingkan dengan alam persekolahan.Dari segi pergaulan, dia akan berjumpa dengan mereka yang pelbagai sifatnya.Adakah di kalangan mereka itu wujud juga pembuli?Mangsa buli akan lebih berhati-hati dalam pergaulan atau cuba-cuba menjadi seorang yang dominan (?)Ketakutan silam boleh mengubah peribadi mangsa buli.Sama ada dia kekal lemah dan terus menjadi bahan gurauan dan usikan melampau atau menjadi seorang yang positif dan mula aktif dalam pergaulan.Terkadang mereka mengambil peluang mengusik orang lain (sekadar mengusik) untuk mengelakkan diri daripada dibuli sekiranya dalam kelompok manusia itu belum ada yang tahu dirinya pernah dibuli.Adakah perubahan ini memberikan suatu nilai baru kepada dirinya yang difikirkannya baik atau suatu kekeliruan peribadi yang meresahkan? Adakah gejala buli ini akan terus berlaku?Ia akan terus berlaku selagi-lagi dalam diri manusia itu masih ada sikap memandang rendah dan keinginan untuk menakluki orang lain.Pembuli, adalah orang yang paling sunyi.Lantas,mereka mencipta megah dan keriuhan yang akhirnya menjerat diri.
Am Nass, 25.9.2009,10.42 p.m.
WHY ME : Mengapa Harus Aku.Fragmen 1
Sebuah kisah tentang buli.Kepada mereka yang pernah dibuli dan membuli
Keadaan di dalam bilik itu amat sejuk. Terdapat beberapa orang di dalam bilik itu. Enam lelaki dan lima perempuan. Dalam bulatan, mereka duduk di atas kerusi. Dari riak wajah mereka, tidak banyak yang boleh diperkatakan. Mereka hanya berdiam diri dan tidak pasti. Ada yang keliru.Namun, salah seorang daripada mereka tampaknya berkeyakinan. Dia memegang sebuah buku catatan dan pen. Mungkin bukan di kalangan mereka. Barangkali seorang guru atau kaunselor. Atau tenaga pengajar di situ. Gadis itu memerhati mereka yang ada di sekelilingnya. Dia melemparkan senyuman. Tetapi tidak berbalas. Tetapi gadis itu tidak mudah patah semangat. Dia mengatur susun rambutnya. Dan kemudian bersuara, “ Selamat petang semua.Nama saya Isabel. Saya kaunselor di sini. Baiklah, saya lihat tidak ramai yang datang.Tapi, tak mengapa. Terima kasih kerana sudi hadir dalam perkongsian ini. Sebelum itu, apa kata kita berkenalan terlebih dahulu? Kita mulakan dari tepi saya ini. Siapa nama saudara?” tanya Isabel. Tidak lama, lelaki memperkenalkan dirinya. “Nama saya Brian,”katanya. “Baiklah, seterusnya,”kata Isabel pula. Masing-masing memperkenalkan diri mereka. Kemudian, mereka membuat aktiviti ‘ice breaking’. Sekarang ini, mereka sudah mula menampakkan perubahan. Sudah ada riak ceria di wajah mereka. Ada yang sudah mula tersenyum. Sesudah aktiviti ‘ice breaking’ Isabel pun memberikan penerangan yang lebih lanjut. “ Baiklah, semua sudah maklum tujuan kita berkumpul petang ini, kan? Sebab kita hendak berkongsi mengenai diri kita yang pernah dibuli, sama ada sewaktu kanak-kanak, remaja, atau masa sekarang ini. Di samping itu, perkongsian ini juga sebagai pemberi motivasi kepada kita dalam menjalani hidup selepas ini.Saya tahu, bukan mudah apabila kita terpaksa mengharungi semua ini. Saya cukup berbangga kerana saudara dan saudari berani tampil untuk berkongsi masalah. Ada di antara rakan kita yang masih bingung di luar sana. Malah ada juga yang sudah kehilangan nyawa akibat buli. Baiklah, siapa yang hendak berkongsi pengalamannya terlebih dahulu?,”tanya Isabel. Isabel memerhati sekeliling. Agak lama juga, tiada yang mengangkat tangan. “Ya, ada siapa?,” tanya Isabel lagi. Akhirnya seorang lelaki mengangkat tangan. “Ya, Steve. Silakan,”kata Isabel. Lelaki itu memandang Isabel dan yang lain. “Boleh saya berkongsi pengalaman saya?,” tanya lelaki itu. “Ya, boleh Steve. Silakan” kata Isabel. Lelaki itu menarik nafasnya sekejap. Kemudian menghembuskannya. Isabel dan yang lain terdiam.Mereka menunggu lelaki itu menyambung bicaranya. Akhirnya, dia bersuara, “Begini ceritanya...”
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan