Selekoh Terakhir…
Demi Amanda (Fragmen 5)
Masa : 18.50 petang
Lokasi : Rahsia
“Guran, maklumat yang awak beri telah membantu saya menyelesaikan satu sindiket.Terima kasih.Tanpa bantuan awak saya mungkin tidak berjaya,” kata Inspektor Henry.Inspektor Henry memandang wajah Guran.Guran hanya menunduk.Dia tidak menjawab.Inspektor Henry seakan tahu apa yang bermain di minda Guran.Guran, dia mengenali anak muda itu melalui rakan sejawatannya di unit trafik iaitu Inspektor David Jayan.Malam itu, Guran telah ditangkap semasa operasi membanteras kegiatan lumba haram di lebuh raya. Motorsikal yang ditunggang oleh Guran melanggar sebuah kereta peronda polis tetapi tidak begitu kuat hentakannya. Guran telah ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.Guran tidak bercakap dan dia bermalam di lokap.Tingkah laku Guran menarik perhatian Inspektor David.Dari raut wajah Guran, dia seakan tahu anak muda itu mempunyai masalah.Inspektor David kemudiannya menghubungi Inspektor Henry dari unit Siasatan Jenayah.
Dari situ bermula perkenalan Guran dengan Inspektor Henry.Guran akhirnya berkongsi masalah yang dihadapinya dengan Inspektor Henry. “Saya memang tahu awak bukan budak yang jahat,Guran.Awak ada masalah sebenarnya.Saya akan membantu untuk membiayai pembedahan mata adik awak Amanda.Dan, awak pula akan bantu saya.Jadilah ‘informer’ saya. Kami akan memberi awak kad pengenalan dan rekod kesihatan yang baru.Rekod lama awak akan dipadamkan.Cuma, awak tiada akaun bank.”Sejak itu,Guran membantu Inspektor Henry dalam menyelesaikan kes-kes besar.
“Guran, awak tahu tentang mayat wanita yang dijumpai di belakang bar siang tadi?”tanya Inspektor Henry. Guran masih menunduk.Tidak lama, dia menggelengkan kelapa. “Guran, awak ada bawa telefon satelit yang saya beri dulu?”tanya Inspektor Henry lagi. “Ada,tuan,”jawab Guran ringkas.”Boleh beri kepada saya sekejap?”pinta Inspektor Henry.Guran menyeluk saku seluarnya dan memberikan telefon satelit model Globalstar GSP1700 berwarna oren kepada Inspektor Henry.Inspektor Henry mengambil telefon satelit itu dan kemudian memasukkannya ke dalam saku jaket kulitnya.Tidak lama, dia mengambil keluar satu lagi telefon satelit dan memberinya kepada Guran. “Ini model terbaru, Iridium Extreme 9575.Nanti saya hubungi awak dan beri awak kod pengaktifan.Ingat,setiap dua bulan saya akan jumpa awak di tempat ini.Baiklah, saya pergi dulu,”Inspektor Henry mula mengatur langkah meninggalkan Guran seorang diri di situ.Mayat wanita di belakang bar? Adakah Guran harus memberitahu Inspektor Henry? “Huh..”
Bersambung di Fragmen 6~Nantikan sambungannya...
Foto: Google Images
Sekadar gambar hiasan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan