Pujaan Hati (Kenangan Terindah) Fragmen Terakhir
5 Kita 8 Jonishi, Kita-ku,
Universiti Hokkaido,
Kampus Sapporo,
060-0808, Sapporo,
Hokkaido,Jepun.
Universiti Hokkaido,
Kampus Sapporo,
060-0808, Sapporo,
Hokkaido,Jepun.
19 April 2002.
Ke hadapan Janna yang kini berada di Malaysia.Apa khabar awak di sana? Maaf kiranya warkah ini mengganggu ruangan hidup awak.Sudah terlalu lama kita tidak bertanya khabar, kan? Sejak saya pergi melanjutkan pelajaran ke Jepun tanpa pengetahuan awak.Maaf Janna, kerana pergi begitu sahaja tanpa mengucapkan selamat tinggal.Awak tentu tertanya-tanya bagaimana saya mendapat alamat terbaru awak.Michelle yang emailkannya kepada saya.Tapi, janganlah awak marahkan Michelle.Dia sekadar ingin membantu.Saya mulanya teragak-agak sama ada ingin menulis warkah ini kepada awak atau tidak.Namun, setelah berfikir berkali-kali, saya kemudiannya mengumpul segala keberanian untuk menulis.Ya, Janna.Terlalu banyak perkara yang sudah terjadi antara kita.Dan yang paling tidak terlupakan ialah bagaimana saya mendorong Judd untuk memikat awak.Dan kejadian di pantai waktu itu.Awak menangis dan memarahi saya.Menggelarkan saya lelaki pengecut.Dan saya hanya berdiri memerhatikan awak berlalu pergi.Janna,maaf andai saya telah melukakan hati awak.Saya tidak sepatutnya berbuat begitu.Memang ianya tidak adil untuk awak.Selama pengajian di sini, saya sedang menghasilkan sebuah puisi fotografi yang mengandungi sajak Haiku.Kalau diizinkan Tuhan, ia bakal diterbitkan tahun depan.Janna, boleh awak beri saya satu lagi peluang? Peluang untuk membetulkan segala kesilapan yang telah saya lakukan.Seperti kata awak, setiap daripada kita perlu mengejar kebahagiaan masing-masing.Janna, jadilah suri dalam hidup saya. Oh, ya. Sekarang di Hokkaido musim semi.Sakura berbunga dan mengorak kelopak.Masih ada peluang untuk menikmatinya, Janna.
Seikhlasnya,
Cruz
Cruz
Janna menatap surat itu lama-lama.Tanpa tersedar matanya bergenang.Dia cuba menyeka mutiara di kelopak mata, namun akhirnya membiarkannya menitis.Michelle yang berada di tepi hanya memerhati.Dia seakan mengerti perasaan sahabat baiknya itu. “Michelle, pukul berapa penerbangan terawal ke Jepun esok?” tanya Janna. “Ha? Apa dia?” tanya Michelle seperti tidak tahu.Keduanya sahabat itu saling berpandangan dan menguntum senyum.Dan ketawa pun berderai.Tunggu aku Cruz, kata hati kecil Janna.Dan hatinya semakin berbunga.Seperti sakura hanami, cinta musim semi.
Tamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan