-->
  • Cinta Adalah (Cintaku Ibarat Nota Muzik) Fragmen Terakhir


    Cinta Adalah (Cintaku Ibarat Nota Muzik)
    Fragmen Terakhir
    Dalam fragmen terakhir ini, Am Nass yang semakin sakit menghabiskan waktu-waktu terakhirnya bersama Isabel di atas bukit tempat dia dan kawan-kawannya selalu menghabiskan masa bersama.Dia dan Isabel berbual tentang pelbagai perkara.Suka dan duka yang pernah mereka tempuhi.Bercakap tentang Ronny Mark yang telah pergi meninggalkan mereka dua tahun lalu akibat penyakit kanser paru-paru dan gegaran di otaknya.Ronny Mark ialah seorang petinju dan perokok tegar.Am Nass meminta dia berbaring di pangkuan Isabel kerana dia rasa letih dan ingin berehat sekejap.Isabel berasa sebak dan membenarkannya.Am Nass melelapkan matanya.Isabel memandang bulan.Terasa sangat sunyi malam itu.Tidak lama, Isabel memandang Am Nass.Dia seperti seorang putera yang sedang tidur untuk selamanya.Wajahnya menampakkan dia menahan kesakitan itu.Isabel cuba menggerakkan badan Am Nass tetapi lelaki itu tidak terjaga lagi.Saat itu, Isabel tahu Am Nass sudah pergi meninggalkannya.Air mata Isabel berguguran jatuh.Dia kini kehilangan dua orang lelaki yang amat disayanginya.Am Nass dan dan Ronny Mark.Am Nass dikebumikan di perkuburan Kristian bersebelahan dengan Ronny Mark.Selepas pemergian Am Nass, Isabel mendalami ilmu keagamaan Kristian.Setahun selepas itu, dia berhenti kerja sebagai seorang kaunselor psikologi dan membuat keputusan untuk menjadi seorang rahib.Kini dia lebih tenang menjalani kehidupannya dan menyerahkan seluruh jiwanya kepada Tuhan.
  • You might also like

    Tiada ulasan: