Antara Janna dan Cruz :)
Pujaan Hati (Kenangan Terindah) Fragmen 1
Cruz melihat wajah Judd lama-lama. Diperhatikannya riak wajah sahabatnya itu. Judd menunduk.Jemarinya bermain dengan straw minuman. Fikiran Judd menerawang. Sesaat, Judd sedar dia diperhatikan. Spontan, dia menyedut air minumannya. Kemudian, dia menggaru kepala.Aish, boleh ‘kantoi’ pula fikirnya. Cruz tersenyum. Tidak lama, Cruz tertawa kecil. Cruz seperti faham apa yang bermain di kotak fikiran sahabatnya itu. “Dah beritahu dia?” tanya Cruz. Judd menggeleng perlahan. Dia mengusap rambutnya. “Judd, mencintai seseorang perlukan keberanian.Kita perlu berani untuk berterus terang.”Cruz memegang bahu Judd. “Tapi, aku takut kepada penolakan Cruz,” kata Judd. “Judd, kita sebagai lelaki harus bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan,” jelas Cruz. “Maksud kau?” tanya Judd. “Judd, tugas lelaki adalah memikat dan wanita berhak untuk memilih. Asalkan kita sudah berterus terang, sekurang-kurangnya dia teruja dengan keberanian kita walaupun akhirnya kita tetap ditolak,” kata Cruz lagi. “Tugas lelaki adalah memikat, dan wanita berhak untuk memilih.Kata-kata itu hebat Cruz.Mana kau dapat?”tanya Judd. “Aku ambil dari novel.Dah, jangan kau fikir lagi.Habiskan minuman kau tu.Malam ni kau mimpi yang baik-baik.Esok, aku aturkan masa agar kau dapat bersama dengan dia.Waktu tu kau luahkan apa yang terbuku dalam hati kau, okay?” Rangsang Cruz. “Terima kasih Cruz,” kata Judd. Cruz menepuk bahu sahabatnya itu. Kasihan dia melihat Judd. Walaupun dalam diam Cruz tahu gadis itu menyukai dirinya, namun demi sahabat baiknya itu, Cruz sedia berundur.Ada alasan kukuh untuk dia berbuat begitu.Jangan risau Judd, aku akan satukan kamu berdua, bisik hatinya.
Bersambung...
Pujaan Hati (Kenangan Terindah) Fragmen 2
Angin berpuput lembut.Memesrai rambut dan wajah Janna.Gadis itu mengatur lembut hujung rambutnya yang separas bahu itu.Dia merenung jauh.Memerhati mentari senja yang ingin melabuhkan tirai.Camar pun ada yang sudah pulang petang.Perlakuan Janna diperhatikan sahaja oleh teman baiknya, Michelle.Lama juga gadis itu termenung sehinggalah Michelle memegang bahunya. “Lamanya menung.Fikirkan apa tu?”tanya Michelle.Janna tersentak seraya berpaling.Dia memandang wajah Michelle, dan kemudian menunduk.Jemarinya mencapai ranting kayu dan kemudian mengukir sesuatu pada pasir pantai.Tak lama, Janna mendongak dan sekali lagi memandang Michelle.Akhirnya, dia bersuara, “Michelle, kau nak tahu apa yang aku inginkan daripada seorang lelaki sekiranya dia menjadi kekasih aku?” Michelle terkejut dengan kata-kata Janna.Tidak pernah gadis itu berbual tentang perkara itu dengannya sebelum ini.Namun, tidak pula dia melatah dengan kata-kata Janna.Dia memandang wajah Janna. “Jadi, apa yang kau inginkan daripadanya?” tanya Michelle. “Hmmm, ada lima perkara yang aku inginkan,”kata Janna sambil tangannya menunjuk angka lima. “Wah, banyaknya!” Michelle tertawa kemudiannya. “Yang pertama, memperhatikan apa yang aku katakan.Kedua,menghormati seleraku.Ketiga, memberiku kesempatan untuk memimpin.Keempat, menghormati ideaku.Kelima, memberi ruang untuk duniaku,”jelas Janna dengan penuh pengharapan.Janna tersenyum.Menampakkan baris giginya yang memutih.Michelle terus bertanya lagi, “Jadi, siapa yang ada ciri-ciri itu? Kau dah jumpa?” Janna menjeling Michelle dan menolak bahu gadis itu.Seakan meminta Michelle untuk meneka siapa gerangan lelaki yang dimaksudkan.Agak lama juga Michelle meneka.Janna cuba memberi bayangan dengan menunjuk cara seseorang sedang mengatur cermin mata. Michelle tiba-tiba segera faham.Dia menutup mulutnya dan kemudian berkata, “Takkanlah dia...” Janna mengangguk dan tersenyum.Mengiyakan kata-kata teman baiknya itu.Mereka berdua tertawa kemudiannya.
Bersambung...
Gambar : Google Images
Tiada ulasan:
Catat Ulasan