-->
  • Lelaki Ini...~Bahagian 1



    Lelaki Ini...~Bahagian 1
    William ialah seorang pemuda yang berwajah biasa dan berpewatakan sederhana. Kalau dilihat secara luaran, terutama bagi mereka yang tidak mengenalinya akan memikirkan yang William seorang lelaki yang amat serius.Namun, hakikatnya tidak begitu. Dia seorang yang suka bergurau.Tetapi,tidaklah sepanjang masa. Ada masanya dia akan terasa dan terganggu seperti orang lain apabila ada perkara yang tidak menyenangkannya. Sewaktu di sekolah menengah, William tidak terlalu menonjol sifatnya terutama dari segi perlakuan dan tingkahlaku. Sedia faham, waktu itulah pelbagai perkara menarik akan berlaku dalam diri seseorang. Salah satunya, yang melibatkan hati dan perasaan. Belajar mengenal erti cinta dan memendam rasa. Kalau disuruh menghuraikan apa erti kasih sayang, pasti semua dapat menulisnya berjela.Tetapi bagi William, zaman persekolahan bukan masanya untuk mengejar cinta, kerana waktu itu kita masih ditanggung oleh ibu bapa. Fikirnya, kalau hendak membelanja gadis pun terpaksa menggunakan wang saku yang bukan dari keringat sendiri.Oleh itu, dia tidak mahu memikat sesiapa waktu itu. Masa pun berlalu, dan William melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti tempatan. Semasa menuntut di universiti, dia mula meluaskan pergaulannya.Namun, hatinya masih belum terbuka untuk bercinta kerana dia ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran. Setelah tiga tahun, dia menamatkan pelajarannya dan mendapat pekerjaan.Sebagai seorang yang sudah bekerjaya, William memikirkan bahawa sudah sampai masa untuknya membalas jasa kedua ibu bapanya.Masa pun berlalu.Tiga tahun selepas itu, hatinya terbuka untuk mengenali seseorang.Fikirnya, inilah masa terbaik untuk menjalin hubungan dan membina ikatan.Iyalah, kalau hendak membelanja gadis keluar makan dan membeli hadiah harijadi pastinya menggunakan wang sendiri.Dan, selama tempoh tiga tahun itu dia sudah mengumpul sejumlah wang yang mencukupi untuk berkahwin. William telah berkenalan dengan seorang gadis. Perhubungan mereka berlangsung baik.Tidak lama, gadis itu mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran.Kali ini, mereka terpaksa berjauhan.Setahun selepas itu, Janice, iaitu seorang pekerja baru mula melapor diri di tempat William bertugas. Pernah satu ketika, William mengusik kawannya Brandon bahawa gadis itu sering memerhatikannya.Namun, Brandon menyatakan sebaliknya. Entah bagaimana, secara tidak sengaja (?) William mendekati Janice. Janice memberi maklum balas yang positif.Mereka mula menjalinkan hubungan.Sampai masa, William merasakan dia tidak berlaku adil kepada Celine.Akhirnya, William memberitahu perkara sebenar kepada Celine.Dia meminta maaf di atas apa yang telah dia lakukan.Alasannya, hubungan jarak jauh amat mencabar, dan hubungan itu baru sahaja terjalin. William berkeputusan untuk melepaskan Celine.Dia merasakan bahawa Celine akan berjumpa seseorang yang lebih baik daripadanya di sana.Celine amat kecewa dengan pengakuan William.Dia tidak menyangka William akan bertindak begitu.Celine menyatakan tiada seorang yang lebih baik daripada William.Baginya, William ialah udara yang dihirupnya setiap hari.Ertinya William ialah nyawanya.Tiada William, tiadalah Celine. Kata-kata Celine membuatkan William tersentak.Dia seperti disedarkan oleh sesuatu.Seperti satu suara berbisik,”William, jangan kecewakan gadis ini.Dia amat menyintaimu.”Akhirnya, setelah berfikir panjang, William membuat keputusan untuk mengekalkan hubungannya dengan Celine.William memberitahu Janice perkara sebenar bahawa dia sudah mempunyai kekasih dan ingin memutuskan hubungannya dengan Janice.Janice kecewa dengan pengakuan William namun tidak pula membenci William.Cuma, dia berharap William sudi keluar bersiar-siar dan makan bersama dengannya untuk kali terakhir sebagai pasangan kekasih.William memenuhi permintaan Janice.Sepanjang perjalanan pulang, Janice menyandarkan kepalanya di bahu William, dan William memandu kereta milik Janice dengan perlahan.Saat William ingin keluar dari perut kereta, Janice membuat permintaan.Dia ingin memeluk dan mengucup lelaki itu buat kali terakhir.William membenarkan.Beberapa hari kemudian, Janice memberi sepucuk surat kepada William.William membaca surat itu.Isi surat itu adalah luahan hati Janice.William berkongsi perkara itu dengan Brandon.Brandon menjelaskan kepada William bahawa Janice benar-benar menyintainya.William menyedari perkara itu.Bahkan, dia pun merasakan bahawa Janice amat hampir di hatinya berbanding Celine.Tentunya begitu, kerana dia bersama dengan Janice hampir setiap hari.Di tempat kerja, dan pada hujung minggu.Celine pula jauh di matanya.Tidak lama, Brandon mendekati Janice dan cuba mengubat hatinya.Janice tersentuh dengan kebaikan Brandon.Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.William cuba mengembalikan kepercayaan Celine kepadanya.Memang susah untuk mengembalikan kepercayaan seseorang.Dan, William mengambil masa empat tahun untuk itu.Kemudian, seorang lagi pekerja baru melapor diri di tempat William bertugas.Namanya Abigail.Dan, apa yang berlaku dahulu, berulang kembali.William tertarik dengan Abigail...(bersambung)


  • You might also like

    Tiada ulasan: