-->
  • Simfoni Dari Kejauhan (Friends Till The End)~fragmen 1.5



    Simfoni Dari Kejauhan (Friends Till The End)~fragmen 1.5
    Irvine Kinneas ~ dengan langkah malas, aku ambil kunci 'bike'.aku ronda-ronda kota raya.tadi petang, main gitar saja kerja aku. cari 'mood',nak gubah lagu, tapi ilham tak muncul-muncul lagi.kota raya disimbahi cahaya neon.anak-anak muda memenuhi ruang disko.sesak.mereka menari ligat.ada yang menjerit.menggoyang kepala, mengikut rentak muzik.Kelihatan, seorang gadis meliuk lentuk dalam dakapan seorang lelaki.Seperti sudah banyak dia minum.Lelaki itu pula tersengih. melirik. matanya menakal.Seorang lelaki di tepinya, tertawa, dan kemudian memuncungkan bibir.Barangkali rakannya.Anak muda, darah muda.Keliru milih terkadang.Bingit.Kenapa aku ke sini? kerana malam masih muda?
  • You might also like

    Tiada ulasan: