-->
  • Lewat Rasa Percaya.Lewat Diri Mengerti~part 1



    Lewat Rasa Percaya.Lewat Diri Mengerti~part 1
    Kosong.Pernahkah merasakan ruang itu kosong walau pada hakikatnya ia dipenuhi oleh manusia? Gema suara yang berbalas sahutan tidak mampu menyedarkan kita daripada kebingungan.Seperti berdiri di tengah-tengah kesibukan kota.Namun hiruk-pikuknya tidak dapat dirasakan.Hampa memikirkan.Kegagalan demi kegagalan, walau sedayanya mencuba.Keringat dan darah, akhirnya pasrah.Pintu tidak selamanya tertutup rapat.Benar.Namun, tangan sudah tidak mampu lagi untuk membuka. Asli diri semakin kabur dengan rasa berkecamuk.Seperti seorang pelukis yang tidak mampu lagi memesrakan warna pada kanvas kerana warna itu sudah saling membenci sesama sendiri.Itulah kegagalan.Kegagalan meruntuhkan rasa percaya diri sendiri, dan juga orang lain?~
  • You might also like

    Tiada ulasan: