This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Saturday, November 19, 2016

Pemikiran Lewat Teori : Cerita 1 (Vincent Van Gogh)


Pemikiran Lewat Teori : Cerita Satu (Vincent van Gogh) Fragmen 1
Tempat : The National Gallery of Art, Washington D.C.
Am Nass melangkah masuk ke dalam ruang legar galeri.Terdapat ramai pengunjung yang mengunjungi galeri hari itu.Mereka adalah pengunjung tempatan dan luar negara.Semuanya datang untuk melihat dan menghayati lukisan dan hasil seni lain yang terpamer di situ.Ada di antaranya penuntut seni lukis serta pelukis profesional yang ingin melukis semula lukisan yang tergantung di dinding. Terdapat ribuan lukisan yang terpamer iaitu yang dihasilkan oleh pelukis dari seluruh dunia.Am Nass mendekati beberapa lukisan yang tergantung di dinding.Agak lama juga dia memerhati dan berjalan di sekitar .Seakan dia mencari-cari sesuatu.Dia memandang ke kiri kanan.Gelagatnya diperhatikan oleh pengunjung di situ.Ada yang tersenyum memerhatikan gelagatnya.Ada juga yang tidak mengambil kisah.Perlakuan Am Nass menarik perhatian seorang lelaki tidak jauh dari situ.Lelaki itu sedang berbual dengan rakannya.Tidak lama, lelaki itu meminta izin untuk menghentikan perbualan dengan rakannya.Lelaki itu dengan langkah yang agak laju mendekati Am Nass.Kemudiannya, lelaki itu menyapa Am Nass dengan lembut.”Ya Encik,boleh saya bantu?”tanya lelaki itu.Am Nass terkejut dengan kehadiran lelaki itu.Lelaki itu yang memakai cermin mata,sedikit berjambang dan berkot hitam menghulurkan tangan untuk berjabat.”Saya Jonathan Bober,kurator galeri ini,”katanya.Am Nass menyambut tangan lelaki itu.”Saya Am Nass,penulis novel.”Keduanya berjabat tangan. "Encik dari mana?”lelaki itu bertanya lagi.”Saya dari Malaysia, tapi menetap di Itali,”jawab Am Nass.”Oh begitu.Maafkan saya.tadi saya lihat Encik seperti mencari-cari sesuatu,”kata lelaki itu.”Ya, saya sedang mencari lukisan Vincent van Gogh,Potrait Diri,Ogos 1889,”jelas Am Nass.”Oh, lukisan itu.Ia terletak di hujung sebelah sana.Mari saya tunjukkan,” kata lelaki itu lagi.”Ya, terima kasih,”kata Am Nass.Lelaki itu melambai kepada rakannya meminta izin untuk pergi.Rakannya tersenyum dan mengangguk perlahan.Kemudian,Am Nass dan lelaki itu berjalan beriringan menuju ke tempat lukisan itu berada.
(Bersambung…)

Pemikiran Lewat Teori : Pengenalan


“Berfikir filosofis kadang dapat menunjukkan jalan alternatif dari segala kebuntuan berfikir, namun ada kalanya berfikir filosofis dapat menjebak kita pada sebuah perjalanan ilusi yang panjang lagi tak terbatas. 
~Dr Harold J.

“Puisi. Kita tidak membaca dan menulis puisi kerana ianya comel. Kita membaca dan menulis puisi kerana kita ialah ahli umat manusia. Dan umat manusia dipenuhi dengan kesukaan dan kegemaran. Perubatan, undang-undang, perniagaan, dan kejuruteraan. Ini adalah usaha-usaha yang mulia dan perlu untuk mengekalkan kehidupan. Tetapi puisi, kecantikan, cerita roman, cinta dan kasih sayang. Ini adalah apa yang kita perlu untuk terus hidup.”
~Am Nass

p/s: Anda suka kepada kata-kata mutiara yang memberi inspirasi dan mendorong dalam hidup?Anda selalu kongsikan kata mutiara di facebook, instagram, whatsapp, telegram dan sebagainya?Sejauh manakah ia mampu mempengaruhi anda dan rakan serta orang sekeliling? Kalau begitu,cerita ini sesuai untuk anda.Pemikiran Lewat Teori menampilkan dua watak yang saling berkongsi idea dan berbahas di antara satu sama lain.Pertembungan idea timur dan barat.Di antara Prof.Dr. Harold J. dan Am Nass.Nantikan kemunculan Pemikiran Lewat Teori tidak lama lagi. :)

gambar hiasan : google images
*Cerita ini adalah fiksyen
Sumber idea: laman web

Lois Dunamis : Nikator 2

Gambar : Google Images

Lois Dunamis : Leviathan


Lois Dunamis : Nikon (Raja Hitam)


Lois Dunamis : Nikon(Raja Hitam)
Dalam Lois Dunamis,Raja Hitam ialah kuda hitam perkasa milik Nikator.Raja Hitam adalah baka kuda yang terbaik.Raja Hitam pada awalnya adalah kuda liar yang ditemui oleh Nikator sewaktu dia berjalan seorang diri di hutan.Raja Hitam ketika itu sedang minum air di sebatang sungai.Nikator yang terserempak dengan Raja Hitam amat tertarik dengannya.Tubuhnya besar dan gagah, warnanya hitam pekat dan bersinar.Bulu yang lebat menutupi matanya. Nikator memberanikan diri mendekati Raja Hitam.Raja Hitam yang menyedari kehadiran Nikator mendengus dan mengangkat tinggi tubuhnya.Raja Hitam menghentakkan kakinya ke tanah berkali-kali.Seperti ingin mengancam dan mencederakan Nikator.Nikator terduduk ke tanah dan berasa amat takut sekali.Tidak lama, Raja Hitam mula bertenang dan kemudian menunduk dan merendahkan dirinya.Melihat keadaan itu, Nikator mula menenangkan semula dirinya.Mengumpul kekuatan untuk bangun semula.Antara takut dan tidak,sekali lagi Nikator menghampiri Raja Hitam.Jemarinya mula mendekat ke tubuh Raja Hitam dan mengusapnya perlahan.Raja Hitam membiarkan perbuatan Nikator, seperti dia mula senang dan menerima kehadiran Nikator.Nikator memberanikan diri untuk menunggang Raja Hitam.Percubaan pertama dan keduanya gagal.Nikator jatuh ke tanah.Sehinggalah kepada percubaan ketiga barulah Nikator berjaya.Nikator membawa Raja Hitam pulang dan memeliharanya.Sejak itu, Raja Hitam tetap setia menemani Nikator walaupun dia telah menjadi Putera Kegelapan, sehinggalah Nikator bertarung dan menewaskan Maharba serta membunuh Shania dalam pertarungan pertama.Raja Hitam berasa simpati dengan Maharba dan Shania.Raja Hitam seperti ingin menemani dan tidak mahu meninggalkan Maharba.Nikator menghormati keputusan Raja Hitam dan melangkah pergi.Selain Nikator, hanya Maharba yang berpeluang untuk menunggang Raja Hitam.Sejak itu,Raja Hitam mula menemani Maharba dan akhirnya Maharba memberi nama baru kepada Raja Hitam iaitu Nikon yang bermaksud kemenangan.
Gambar :Google Images
*Cerita ini hanya fiksyen dan fantasi.Sebarang percanggahan dengan nilai agama amatlah dikesali.

Breaking News
Loading...