This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Monday, November 14, 2016

Lois Dunamis(Ynnor Iaregetnom)



Dalam Lois Dunamis, Ynnor Iaregetnom ialah adik kepada Maharba Gnareyn.Ynnor adalah seorang peramal yang mempunyai keupayaan untuk menggunakan mata ketiganya (iaitu mata dalaman) yang merupakan mistik dan esoterik yang merujuk kepada mata tidak kelihatan spekulatif yang menyediakan persepsi di luar penglihatan biasa. Mata ketiga disebut pintu gerbang yang membawa dalam ke alam dalaman dan ruang kesedaran yang lebih tinggi. Mata ketiga sering melambangkan keadaan pencerahan atau penimbulan imej mental dan mempunyai kepentingan rohani atau psikologi yang amat peribadi. Mata ketiga sering dikaitkan dengan wawasan agama, kewaskitaan, keupayaan untuk melihat chakra dan aura,prekognisi, dan pengalaman di luar badan. Ynnor juga mempunyai visi pada mata sebelah kanan, iaitu dapat melihat keagungan dan kehancuran masa depan.Imej masa depan akan terpancar dan kelihatan dalam anak mata Ynnor apabila dia memegang permata biru yang tergantung di lehernya.Dalam pengembaraannya, Maharba telah berjumpa semula dengan adiknya Ynnor.Perjumpaan semula itu telah membawa seribu satu erti kepada keduanya.Maharba telah meminta pertolongan daripada Ynnor untuk menjejak tempat persembunyian makhluk Adamantoise dan naga Leviathan demi mendapatkan Adamantine dan taring naga Leviathan sebagai bahan untuk menempa sebilah pedang biru agung yang bernama Hati Singa.Mampukah Ynnor membantu Maharba?Nantikan kisah seterusnya.
*Cerita ini adalah fiksyen ;)

Gambar :Google Images

Lois Dunamis (Shania)


Dalam Lois Dunamis, Shania ialah seekor burung merpati putih hikmat peliharaan Puteri Foteine yang selalu menemaninya.Saat Puteri Foteine tidak sedarkan diri dan hilang semua ingatan dan kepingan kenangannya yang bertebaran ke seluruh semesta, Shania telah mengembara mencari seseorang yang boleh mengembalikan semula ingatan dan kepingan kenangan Puteri Foteine.Dalam pengembaraannya, Shania telah singgah di jendela sebuah rumah.Dia dalamnya, kelihatan seorang lelaki sedang menyalin sesuatu daripada sebuah kitab lama dan menulisnya pada skrol.Shania terbang masuk dan menghampiri lelaki itu yang sedang menulis.Lelaki itu menyedari kehadiran Shania.Dia terkejut melihat seekor burung merpati putih itu.Shania mendekati lelaki itu.Lelaki itu yang tertarik dengan kehadiran Shania memberanikan diri mengambilnya kerana burung merpati itu kelihatan jinak sekali. Shania kemudian menggunakan hikmatnya iaitu dengan menidurkan lelaki itu.Lelaki itu kemudiannya tidak sedarkan diri. Shania terus berubah bentuk menjadi seorang perempuan cantik yang bersayap serta bercahaya.Saat lelaki itu tertidur, Shania menyentuh dahi lelaki itu dan menghadirkan diri dalam mimpinya. Dalam mimpi lelaki itu,Shania memberitahu mengenai keadaan Puteri Foteine dan dia meminta pertolongan lelaki itu untuk menyelamatkan Puteri Foteine.Shania juga memberitahu tempat di mana Puteri Foteine berada dan lelaki itu harus cepat mengembara untuk menyelamatkan Puteri Foteine.Setelah memberitahu segalanya, Shania mengubah bentuknya semula menjadi burung merpati.Shania menggunakan sekali lagi hikmatnya untuk menyedarkan lelaki itu.Lelaki itu tersedar dari mimpi dan melihat burung merpati itu masih berada di sisinya.Lelaki itu mengambil burung merpati itu dan melihat matanya dalam-dalam dan matanya seakan-akan bergenang dan berkaca.Lelaki itu segera faham dan mengangguk.Dia mengusap burung merpati itu.Dialah Maharba Gnareyn, seorang penulis skrol,penyair, dan pembaca kitab lama.Takdir telah menemukannya dengan Shania, burung merpati hikmat Puteri Foteine.Dan kemudian, pengembaraan pun bermula ke empat sudut dunia. :)

*Cerita ini adalah fiksyen
Gambar hiasan : Google Images

Lois Dunamis (2017)



Lois,possibly derived from Greek λωιων (loion) meaning "more desirable" or "better".
The Greek dunamis is used 120 times in the New Testament. Loosely, the word refers to “strength, power, or ability.” It is the root word of our English words dynamite, dynamo and dynamic.
Lois Dunamis sebuah karya fantasi epik.Akan menemui pembaca pada awal Januari 2017.Nantikannya, iya? 😊😁
Gambar hiasan : Google Images.

Lois Dunamis (Kesengsaraan Puteri Foteine)



Lois Dunamis (Kesengsaraan Puteri Foteine)
Maharba Gnareyn.Lelaki yang ditugaskan untuk mencari kepingan hati dan kenangan Puteri Foteine yang telah lenyap.Asalnya seorang pembaca kitab dan penulis skrol lama.Seorang penyair.Berlatih ilmu seni mempertahankan diri dengan Uannum Namron demi mempersiapkan diri dalam pengembaraannya ke empat sudut dunia bersama dengan Nikon, kuda hitam milik Alec dan Shania, burung merpati putih hikmat peliharaan Puteri Foteine.Dalam pengembaraan, dia bertemu dengan dua orang adiknya iaitu Socram Gnapel dan Ynnor Iaregetnom.Pengembaraan yang penuh dengan ujian dan cabaran.Mampukah Maharba Gnareyn menemukan semua kepingan hati dan kenangan Puteri Foteine demi seorang lelaki bernama Alec dan menahan amarah abangnya Nikator?Atau Maharba Gnareyn sendiri menjerumuskan dirinya dalam persaingan cinta ini?Nyata, keikhlasan Maharba Gnareyn untuk membantu benar-benar teruji.Siapakah pilihan Puteri Foteine akhirnya? Nikon dan Shania.Nikon, kuda hitam perkasa dan Shania, merpati putih hikmat yang boleh berubah menjadi seorang perempuan, mengiringi dan membantu Maharba Gnareyn dalam pengembaraannya mencari kepingan hati dan kenangan Puteri Foteine yang telah lenyap demi menyatukan dua jiwa. :)
Gambar :Google Images
*Cerita ini adalah fiksyen

Lois Dunamis (Pengenalan)



Lois Dunamis...

Pertarungan antara dua adik-beradik, Alec dan Nikator sebagai penentu nasib Puteri Foteine.
"Apabila seorang lelaki berjuang segala-galanya demi cinta dan seorang lagi melepaskan dunia dan menyerahkan semuanya untuk abang tersayang.Dan Si Puteri ingin mengakhiri hidupnya demi satu pertalian darah. 

...Aku fikir aku ialah Tuhan.Hakikatnya, aku hanyalah seorang lelaki yang kecewa...

Menemui pembaca tidak lama lagi... 


Gambar :Google Images
Breaking News
Loading...