This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sunday, December 27, 2015

Momen Uannum Namron dan Lehcim : Aishar Atsemes~(Fragmen 1 – Fragmen 2)


Aishar Atsemes...
“Semalam adalah sejarah. Hari ini adalah realiti. Esok adalah misteri...”
Aishar Atsemes~(Fragmen 1 – Fragmen 2)

Aishar Atsemes~ Fragmen 1
Socram Gnapel, Maharba Gnareyn, dan Ynnor Iaregetnom ialah tiga orang adik-beradik yang berasal daripada sebuah keluarga petani yang miskin. Pada suatu hari, seorang pengembara bernama Uannum Namron telah ditemui pengsan di hadapan pondok rumah mereka akibat dahaga dan kepenatan.Dia telah dirawat oleh ayah mereka.Setelah sembuh,Uannum Namron membalas jasa dengan membantu mereka bertani.Socram, Maharba, dan Ynnor amat suka bergaul dengan Uannum Namron dan begitu juga dengan Uannum Namron. Dia amat menyenangi keluarga itu.Sampai masa, Uannum Namron menyatakan hasrat untuk menyambung pengembaraannya. Malam itu, ayah mereka telah bermimpi didatangi oleh seorang lelaki tua.Lelaki tua itu berkata bahawa ketiga-tiga anaknya perlu mengikut Uannum Namron mengembara.Lelaki tua itu memberitahu lagi yang Uannum Namron bukan seorang pengembara biasa tetapi dialah yang akan membuka takdir ketiga-tiga anaknya.Mimpi itu amat mengejutkan ayah mereka dan menceritakan mimpi itu kepada ibu mereka. Ayah mereka berhasrat untuk memberitahu Uannum Namron akan perkara itu, tetapi dihalang oleh ibu mereka dengan alasan Uannum Namron tidak akan bersetuju untuk membawa ketiga-tiga anak mereka bersamanya.Ibu mereka berkata hanya ada satu jalan sahaja, iaitu kedua-dua mereka lari meninggalkan ketiga-tiga anak mereka secara senyap.Ayah mereka terkejut dengan kata-kata ibu mereka.Dia tidak menyangka ibu mereka sanggup berkata begitu.Namun, ibu mereka menjelaskan jika benar Uannum Namron akan membuka takdir ketiga-tiga anak mereka, maka keputusan itu perlu diambil walaupun amat berat.Dan, saat Uannum Namron dan ketiga-tiga anak itu sedang tidur, ayah dan ibu mereka meninggalkan tempat itu. Ibu mereka sempat mengucup dahi ketiga-tiga anaknya.Dia berasa amat sebak.Saat itu, air matanya mula menitis namun ditahannya untuk menangis kerana tidak mahu ketiga-tiga anaknya tersedar. Pagi itu, Uannum Namron bangun seperti biasa. Namun, dia sedikit hairan, kerana tidak dikejutkan oleh ayah mereka.Tiba-tiba, dia terdengar suara Socram dari dalam.Kemudian berbalas dengan suara Maharba.Tidak lama, dia terdengar Ynnor menangis.Uannum Namron semakin kehairanan sehingga Socram keluar mendapatkannya dan memberitahu kedua-dua ibu bapa mereka tiada di situ. Uannum Namron terdiam.Dia berdiri kaku.Seperti dia juga memahami sesuatu, sebenarnya. Hakikatnya, dia telah lama didatangi oleh seorang lelaki tua dalam mimpinya iaitu Lehcim yang memberitahu bahawa akan ada tiga orang anak lelaki milik keluarga petani yang miskin akan diajari olehnya nanti.Namun, kebaikan keluarga itu menahan Uannum Namron tinggal lebih lama di situ. Itulah takdir Uannum Namron.Dan kini Uannum Namron akan membuka takdir ketiga-tiga anak itu. Bersambung Fragmen 2~

Aishar Atsemes~Fragmen 2
Uannum Namron ialah seorang pemuda yang berusia 24 tahun. Dia ialah anak kepada seorang tukang kayu yang bernama Semaj Hpesoj. Sejak dari kecil lagi Uannum Namron telah diajar oleh ayahnya seni pertukangan. Semaj Hpesoj berharap agar suatu hari nanti Uannum Namron boleh menggantikan tempatnya. Ketika berusia 10 tahun, ibunya Yma Yram telah diserang penyakit batuk kering. Semaj Hpesoj telah membawa seorang tabib iaitu Yak Gniy datang ke rumahnya untuk merawat isterinya. Yak Gniy memberitahu bahawa penyakit isterinya itu sukar untuk diubati melainkan dengan adanya air rebusan rukec. Rukec ialah sejenis tumbuhan herba yang amat jarang didapati melainkan hanya terdapat di hutan Aiag. Yak Gniy memberitahu lagi bahawa tiada siapa yang berani pergi ke hutan Aiag kerana hutan Aiag dijaga oleh seekor binatang buas yang dipanggil Sanag. Sanag dikatakan binatang buas yang boleh berkata-kata dan memperdaya manusia. Sebelum sesiapa boleh membawa pulang sesuatu dari hutan itu, Sanag akan meminta manusia menjawab teka-tekinya. Sekiranya gagal menjawab, Sanag akan membunuh mereka dengan kejam sekali. Jantung, hati, paru-paru, dan segala isi perut akan dikeluarkan oleh Sanag dan dilapahnya mentah-mentah. Kepala pula akan diikat dan digantung di atas pokok Gnapat. Semaj Hpesoj mendengar penjelasan Yak Gniy dalam ketar namun wajahnya masih tenang. Yak Gniy bertanya kepada Semaj Hpesoj adakah dia berani untuk pergi ke hutan Aiag untuk mendapatkan rukec.Semaj Hpesoj memberitahu sekiranya hanya air rebusan rukec yang dapat menyembuhkan isterinya, dia sanggup untuk pergi ke hutan Aiag. Yak Gniy tidak berkata apa lagi. Sebelum Yak Gniy meminta diri untuk pulang, dia berpesan kepada Semaj Hpesoj iaitu sekiranya Semaj Hpesoj berjaya mendapatkan rukec dia mesti segera pulang dan tidak boleh menoleh ke belakang. “Ingat, Semaj. Walau apapun yang awak dengar dan rasa, jangan sekali-kali menoleh ke belakang. Terus pulang sehingga awak selamat sampai di rumah.” Semaj Hpesoj memandang wajah Yak Gniy, kemudian dia mengangguk perlahan.
Nantikan sambungannya di Fragmen 3...

Foto : Gambar Hiasan
Uannum Namron dan Lehcim



Momen: Terima Kasih Cikgu (Jasamu Tetap Kukenang).Fragmen 1 dan 2


Terima Kasih Cikgu (Jasamu Tetap Kukenang).Fragmen 1
Cikgu Stephen melihat ruang bilik itu.Di dalamnya penuh dengan murid Tahun 6 dan ibu bapa mereka. Mereka saling berpelukan dan menangis. Ceramah motivasi yang diberikan oleh Cikgu Stephen menusuk ke dalam hati murid dan ibu bapa. Cikgu Stephen menjelaskan betapa pentingnya menghormati dan mendapat restu ibu bapa dalam hidup. Mereka yang berjaya adalah mereka yang direstui oleh ibu bapa. Seorang murid terkial-kial. Sesaat, ia menarik perhatian Cikgu Stephen. “Kenapa awak tidak pergi kepada ibu bapa awak?” tanya Cikgu Stephen. “Mereka tiada bersama dengan saya cikgu. Kedua-dua mereka telah meninggal dunia,”jawab murid itu. Cikgu Stephen tersentap mendengar kata-kata murid itu. Tidak lama, Cikgu Stephen mengusap kepala murid itu dan membisik lembut kepadanya. “Jadi, pilihlah salah seorang daripada kalangan ibu bapa di sini dan peluklah mereka dengan dengan erat.Pergilah,”kata Cikgu Stephen. Tanpa berfikir panjang murid itu segera mendapatkan seorang  ibu daripada kalangan ibu yang ada di situ. “Boleh saya peluk makcik? Saya tiada sesiapa lagi. Saya ingin  restu makcik untuk lulus dalam ujian,”kata murid itu.Matanya bergenang. Ibu itu terus mengangguk dan memeluk erat murid itu. Keduanya menangis. Ibu itu sempat memberitahu sesuatu kepada murid itu.”Banggakanlah kedua ibu bapa kamu walaupun mereka telah tiada kerana mereka sentiasa memerhatikan kamu dari syurga.” Ibu itu kemudiannya melihat Cikgu Stephen sambil tersenyum.Cikgu Stephen membalas senyumannya. Dan, murid itu masih lagi memeluk ibu itu dengan erat.Seakan dia tidak mahu melepaskan.Seakan dia ingin terus merasa hangat kasih dan pelukan seorang ibu yang telah lama dia rindukan. Cikgu Stephen melihat wajah guru-guru di dalam bilik itu. Guru-guru tidak dapat menahan air mata. Setabah mana seorang cikgu, jatuh juga air mata menuruni pipi. Cikgu Stephen mengusap kepalanya dan menghela nafas panjang.Nyata kedatangannya ke sekolah ini tidak sia-sia.Harapannya cuma satu, agar perkongsiannya ini  menjadi bekalan untuk murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini. Baginya,dia hanyalah seorang guru yang berkongsi ilmu, yang menjadikan keputusan yang hebat adalah mereka sendiri.Akhirnya, tanpa disedari matanya juga bergenang.Dia tidak menyekanya.Biarlah ianya menitis.

Terima Kasih Cikgu (Jasamu Tetap Kukenang).Fragmen 2
Cikgu Stephen sedang mengemaskan buku di rak mejanya. Keputusan UPSR baru saja diumumkan pagi tadi. Keadaan petang itu masih belum lengang.Masih ada ibu bapa yang berbual dengan para guru berkenaan dengan keputusan anak mereka. Cikgu Stephen rasa begitu gembira melihat keadaan itu. Begitulah hubungan di antara ibu bapa dengan para guru di sekolah itu. Amat rapat.Mereka saling berhubung dan berbincang terutama mengenai prestasi anak-anak mereka. Sesaat, Cikgu Stephen teringat kepada seorang murid sewaktu Ceramah Motivasi Dan Kesedaran Tahun 6 di salah sebuah sekolah yang dilawatinya dahulu. Seorang anak yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya.Dan bagaimana dia menyuruh murid itu memilih salah seorang ibu bapa dalam kalangan mereka yang ada di situ dan memeluknya. Dan murid itu telah memilih seorang ibu.Ibu itu memeluk murid itu dengan erat  dan keduanya sama-sama menangis.Hati Cikgu Stephen terusik.Dia pun tertanya-tanya berapa keputusan yang murid itu dapat. Tidak lama, kedengaran ketukan di pintu. Seorang anak murid dan seorang tua tercegat di pintu. Cikgu Stephen berpaling. Anak murid itu memandang Cikgu Stephen dan terus meluru masuk.Di tangannya digenggam kemas slip keputusan peperiksaan UPSR.Lama Cikgu Stephen berfikir, akhirnya menyedari bahawa itulah murid yang dinasihatinya semasa ceramah motivasi itu. “Bagaimana awak kemari?,” Cikgu Stephen yang kehairanan bertanya. “Saya jelaskan semuanya kepada datuk.Saya yang ajak datuk cari cikgu,”kata anak murid itu.Cikgu Stephen memandang orang tua itu.Jelas garisan usia di wajahnya. “Ya,Cikgu.Dia yang berkeras nak jumpa Cikgu.Kami bertanya kepada guru di sekolah bagaimana cara untuk pergi ke sini.Katanya ada sesuatu hendak diberitahu dengan Cikgu,”kata orang tua itu. Murid itu kemudiannya menyerahkan slip keputusan UPSRnya kepada Cikgu Stephen.Cikgu Stephen dengan perlahan mengambil dan matanya menyorot satu-persatu keputusan itu.Selesai membaca dia melihat wajah anak murid itu dan kemudian mengusap kepalanya.Anak murid itu tersenyum sambil menampakkan baris giginya yang tersusun rapi. Akhirnya keduanya sama-sama tertawa.Orang tua itu tersenyum puas.Dia tidak mampu menahan air mata. Ibu bapa yang ada di situ bertepuk tangan. Sekilas, Cikgu Stephen melihat mutiara kata yang diselitkan di atas meja.Mutiara kata yang selama ini menjadi pegangannya.Kata-kata terakhir daripada mendiang Guru Besar Matthew kepadanya sebelum meninggal dunia.“Ingat Stephen, silap seorang doktor mati seorang pesakit.Silap seorang guru musnah satu generasi.”Itulah kata-kata Guru Besar Matthew yang tetap diingatinya sehingga kini.Selamanya...


Tamat

Biri – Biri Mimpi


Biri – Biri Mimpi. Kepasrahan hati dalam lena yang sejenak.
Biri-Biri Mimpi
Antara tidur dan jaga,
Sedayaku memejamkan mata,
Kerna malam ini,
Harusnya sarat dengan mimpi,
Jiwa yang berilusi,
Mengira sang biri –biri,
Melompat pagar hati,
Yang terkesan oleh rasa,
Dalam kantuk menanti lena.
Kasih hadirlah,
Dalam lena yang sejenak,
Walau rindu sudah menjauh,
Dan bulan tidak lagi bersinar,
Bintang pula berguguran jatuh,
Hanya dingin menggigit tubuh,
Menemani malam yang panjang.
Sesungguhnya,
Aku tidak berdaya menangis lagi,
Kerna kolam mataku sudah lama kering,
Dan sesungguhnya juga,
Aku tidak mampu mengharap lagi,
Kerna doaku sudah pun habis.
Tidak mengapa,
Pergilah, aku merelakannya,
Walau degup jantung ini,
Akan terhenti buat selamanya,
Sehabis kuhitung biri – biri mimpi.
Biri – biri mimpi,
Kau tidak melompat lagi?
Am Nass, 19.12.2013
,Foto :Gambar Hiasan
Breaking News
Loading...