This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Saturday, December 26, 2015

Momen Ronny dan Simon : Cinta Adalah (Cintaku Ibarat Nota Muzik) Fragmen 9


Cinta Adalah (Cintaku Ibarat Nota Muzik)
Dia ialah watak yang paling misteri. Dia ialah watak yang mengambil masa 6 bulan untuk dikaji. Dia seorang lelaki dingin dan tidak menghiraukan orang lain setelah satu peristiwa menimpa sahabat baiknya. Dia seorang petinju. Isabel Lockheart menyukainya, manakala Am Nass mengaguminya dan menganggapnya seorang pejuang. Dia ialah watak yang membuatkan pembaca terus setia dengan cerita Cinta Adalah. Dialah...
Cinta Adalah (Cintaku Ibarat Nota Muzik) Fragmen 9
1...2...3...4...5...6...7...8...9...10...
1...2...3...4...5...6...7...8...9...10...
1...2...3...4...5...6...7...8...9...10...
“Huh...Huh...Huh...” Perlakuannya tiba-tiba terhenti. Dia menghentikan kiraan. Dia terduduk. Peluh menitik jatuh dari muka. Disapunya perlahan. Dia menundukkan kepalanya. Memandang lantai simen. Dia cuba untuk membuang kepenatan. Lama juga dia memandang lantai simen itu. Tak lama, kedengaran bunyi tapak kaki. Bunyinya semakin kuat dan menghampiri. Tertarik dengan bunyi itu, dia mendongakkan kepalanya. Dia terpandang satu susuk tubuh atletik di hadapannya. Lelaki itu tersenyum memandangnya. “Letih ke?” tanya lelaki itu. Dia hanya mengangguk perlahan. “Simon, ajar aku cara menumbuk.” Tiba-tiba dia bersuara. Menyatakan hasratnya kepada lelaki itu. Spontan, Simon menghayunkan kedua belah tangannya dan melakukan aksi menumbuk. “ Ajar kau cara menumbuk? Kau larat lagi ke? Penat betul kau aku tengok. Muka pun dah merah-merah,” ujar Simon. “ Larat lagi ni,” dia membalas kata-kata Simon. “Baiklah,” Simon menjawab lalu menghulurkan tangannya. Dia menyambut tangan Simon dan segera angkat. Kemudian, keduanya saling membuka baju dan meletakkannya di tepi. Gelagat mereka berdua menarik perhatian pengunjung taman tasik itu. Tidak lupa juga kepada dua orang gadis yang sedang lalu di hadapan mereka. “Wow...kau lihat tu,” kata salah seorang daripada gadis itu. Rakannya tersenyum dan kemudian tertawa kecil. “Mantapnya,” kata gadis itu lagi. Susuk tubuh Simon memang tegap dan cantik.Terutama pada bahagian perutnya yang berketul. Sifar lemak di situ. Dia pula sedikit kurus namun susuk tubuhnya masih menampakkan dirinya sebagai seorang petinju. Walaupun seakan menyedari diperhatikan oleh orang di sekeliling, mereka berdua tetap meneruskan latihan. Berlatih di luar, dengan udara petang yang menghembus lembut sememangnya memberikan pengalaman latihan yang berbeda. Lebih nyaman dan tenteram berbanding di dalam gim yang tertutup. Ini secara tidak langsung memberi kesan yang positif terhadap emosi petinju. Petang itu,mereka berlatih teknik tinju yang biasa dilakukan seperti tumbuk lurus (jab), tumbuk sauk (uppercut), dan tumbuk cangkuk (hook). “Ada caranya untuk memperkeras tinju atau pukulan. Semuanya dapat diperoleh dengan latihan yang rutin. Memiliki tinju atau pukulan yang keras tentunya akan meningkatkan kepercayaan diri kita saat hendak melakukan sparing.Kita akan yakin kalau lawan yang kita pukul akan terjatuh hanya dengan melakukan beberapa pukulan saja, tapi harus memiliki ketepatan target yang bagus dalam melakukan pukulan,” kata Simon. “Jadi, apa caranya?” dia bertanya. “Macam yang kau biasa lakukan, ‘Push Up’. Lagi satu, memukul dinding,” kata Simon lagi. “Memukul dinding?”dia bertanya lagi. “ Ya, tapi bukan seperti hendak memukul orang. Hati-hati, boleh cedera tangan dibuatnya. Lakukan dengan perlahan-lahan tapi lakukan sampai berulang kali. Jangan terlalu perlahan juga, kau dapat mengatur kekuatannya sesuai kemampuan,” jelas Simon lagi. “Terima kasih, Simon. Kau banyak ajar aku,” dia berkata. “Alah, hal kecil itu.” kata Simon. Sesaat, Simon memandang mentari yang hampir melabuhkan tirai. “Eh, dah lewat ni, hari pun dah semakin gelap. Jom, kita balik,” ajak Simon. Dia mengangguk perlahan, dan keduanya mula berjalan pulang dari taman tasik itu. Sepanjang perjalanan pulang itu, dia berfikir sesuatu. Dalam diam, dia amat mengagumi lelaki bernama Simon. Simon yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada dia. Dia, dia yang bernama Ronny Mark.
Singgah di blog saya
http://brain-psychoneuron.blogspot.my/
http://dreamcatcherwriter.blogspot.my/
untuk membaca lebih banyak lagi karya...
Foto : Gambar Hiasan (Google Images)

Momen Am Nass : Titis Gerimis (Pernahkah Kau Melihat Hujan?)


Titis Gerimis.Sebuah sajak yang cuba menyelami hati dan perasaan kita tatkala gerimis sedang turun. Apakah definisi anda tentang gerimis? Gerimis, titisnya bagai mutiara.Menyimpan sejuta perasaan.Lepaskan segala tekanan.Biarkan ia membasahi tubuh.
Titis Gerimis
(Pernahkah Kau Melihat Hujan?)
Titis gerimis,
Pernahkah kau melihat hujan?
Saat gugurnya membasah bumi,
Mutiaranya menumpang di daun,
Jernih ; seasli dirinya,
Malu dan terketar melihat mentari,
yang bersinar lembut.
Perlahan menghilang, dan awan kembali tersenyum.
Mewarna pelangi...
Titis gerimis,
Pernahkah kau melihat hujan?
Saat gugurnya membasah bumi,
Mutiaranya jatuh di telapak tangan,
Sejuk dan hangat kemudiannya,
digenggam perlahan.
Dingin udara mendamaikan,
Seorang anak kecil yang menanti
ayahnya pulang.
Titis gerimis,
Pernahkah kau melihat hujan?
Saat gugurnya membasah bumi,
Mutiaranya jatuh menimpa rambut,
Perlahan diusap dan mendongak,
Rintiknya jatuh ke muka,
Dibiarkan sahaja ; rasa ingin
melepaskan semuanya.
Beban dan tekanan...
Maaf teman,
Kerana selama ini tidak pernah
cuba untuk memahami,
Tidak pernah cuba untuk mengerti,
Akan rendahnya hati,
Dan akhirnya aku tersedar,
Hatiku menangis,
Sesudah gerimis.
Am Nass, 28.3.2014

5 Hal Penting Yang Diinginkan Wanita Daripada Kekasihnya..


Foto : Gambar Hiasan

Momen Am Nass : Pemikiran Lewat Teori



Saya seorang penulis yang mendansakan penanya di atas kertas kehidupan...

"Ada dua perbedaan dalam penulisan.Pertama, menulis sekadar menulis.Kedua, menulis dan memaknakannya.Penulis tidak mampu mengubah pemikiran manusia secara total. Namun, apa yang ditulis akan kekal dalam hati dan minda seseorang. Novel, cerpen, dan puisi adalah wahana yang boleh digunakan dalam merungkai persoalan hidup manusia yang rencam. Kita menyertai sayembara penulisan bukan semata-mata mengharapkan kemenangan, namun perkongsian ilmu dalam dunia sastera itu yang paling penting. Menulis dengan rasa rendah diri, dan sejujur peribadi akan menjadikan karya itu lebih menarik untuk ditatap, dibaca, dan kemudian dihayati isi dan kandungannya.Puisi. Kita tidak membaca dan menulis puisi kerana ianya comel. Kita membaca dan menulis puisi kerana kita ialah ahli umat manusia. Dan umat manusia dipenuhi dengan kesukaan dan kegemaran. Perubatan, undang-undang, perniagaan, dan kejuruteraan. Ini adalah usaha-usaha yang mulia dan perlu untuk mengekalkan kehidupan. Tetapi puisi, kecantikan, cerita roman, cinta dan kasih sayang. Ini adalah apa yang kita perlu untuk terus hidup.”Berkaryalah, selagi mampu. Sesungguhnya karya yang kita tulis itu adalah cerminan masyarakat. Dan, mereka iaitu pembaca paling berhak untuk menilai. Saya akan membawa anda ke dalam dunia penulisan saya...

Momen Am Nass : Pergilah Dandelion (Hidup Ini Adalah Perantauan)


Pergilah Dandelion (Hidup Ini Adalah Perantauan)
Ada orang dalam hidupnya suka merantau. Mencari pengalaman dan meneroka persekitaran yang baharu. Tiada yang menghalang. Pergilah melata ke mana sahaja. Pergilah ke mana yang anda suka. Asal tahu akar umbi diri. Tunjang yang perlu dipasak kuat di dalam diri. Sebab itulah mungkin ada yang berkata hidup di tempat yang dugaannya lebih besar dan di sekelilingnya mencabar keimanan; akan melahirkan orang yang lebih kuat dalam mendepani dugaan berbanding orang yang sentiasa dilimpahi persekitaran yang aman dan dugaan-dugaan kecil. Pun; kalau orang itu kuat imannya dalam menepis petaka malang yang menjarah diri.
Jadilah seperti dandelion. Dihembus orang terbang bebas ke pelusuk, akhirnya tumbuh menjadi yang baru; lebih baik dan penuh pengalamannya. Begitu juga dengan kita. Lewat diri mengerti bahawa kita perlu sentiasa sedar akan asli diri yang tidak pernah pudar.
Breaking News
Loading...