This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sunday, December 13, 2015

Selekoh Terakhir.(Fragmen1-4)Kisah Misteri Seorang Pelumba Haram


Selekoh Terakhir.Kisah misteri seorang pelumba haram bernama Guran.Misterius.Baca, hayati dan selami peribadi pemuda ini.Mimpi itu menghantuinya.Dan maut memburunya...
Selekoh Terakhir... (Fragmen 1 hingga 4)

Selekoh Terakhir (Fragmen 1)
Selekoh Terakhir...Cerita ini mengisahkan tentang seorang pelumba haram bernama Guran yang berusia 20 tahun. Malam itu, Guran berlumba dengan Aloi. Guran ketinggalan kira-kira 10 meter. Aloi yang mendahului tiba-tiba merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Motosikalnya semakin perlahan. Walaupun dia memulas sehabis daya, juga tidak menjadi. Guran berjaya memintas Aloi. Guran mengejek Aloi dan terus memecut laju. Aloi semakin tertinggal. Guran memusing kepalanya ke belakang. Dia ingin mengejek Aloi sekali lagi. Kemudian dia berpaling semula. Tiba-tiba seekor kucing hitam buru-buru melintas jalan. Guran membrek mengejut. Guran hilang kawalan. Tangannya terlepas. Dia terpelanting ke sebelah kanan jalan. Sebuah kereta datang dari arah bertentangan. Menderu. Melanggar Guran. Guran terpelanting lagi. Kali ini lebih jauh.Guran terlentang. Bahu kanannya terpulas. Kaki kirinya terlipat. Tubuhnya terketar-ketar. Bibirnya terjuih. Tak lama, lendiran merah keluar perlahan dari mulut. Hergh...Hergh...Guran sedaya bernafas. Matanya mula memberat. Guran berusaha membuka.  Tidak...Aku tidak mahu mati. Perlahan, mata Guran menutup.Rapat. Tiba-tiba Guran dikejutkan oleh satu suara. Dron, sahabatnya mengejutkan Guran. Dron mengejutkan Guran kerana dia ada perlumbaan dengan Aloi malam itu. Guran masih terpinga-pinga. Dron mengingatkan Guran lagi tentang perlumbaan itu. Sesaat, Guran teringat tentang kucing hitam yang buru-buru melintas jalan. Di satu selekoh, ketika seekor kucing hitam sedang melintas jalan, itulah saat kematian kau, Guran. Guran membatalkan niatnya untuk berlumba. Dron terkejut mendengar jawapan yang keluar dari mulut Guran. Guran menyapu wajahnya. Tangannya terketar-ketar.Sesaat, dia merasakan tubuhnya lain semacam.Seram dan sejuk.Dadanya masih berdebar.Jantungnya berdegup pantas.Sedaya dia cuba menenangkan diri. Guran menarik nafas dalam-dalam, kemudian menghembuskannya perlahan. Dron kehairanan melihat tingkah laku Guran. Dron bertanya tentang keadaan Guran. Guran meminta Dron mengambilkannya segelas air kerana dia merasa amat haus.Malam itu, Guran tidak jadi berlumba. Sebaliknya, dia pergi ke sebuah bar dan minum untuk menenangkan diri. Dron berasa takut dengan keputusan Guran. Ini kerana orang yang akan berlumba dengan Guran ialah Aloi, dan Guran sudah berjanji untuk berlumba malam itu. Di tempat perlumbaan, ramai orang sudah berhimpun. Sudah lama Aloi menunggu tetapi dia tidak melihat kelibat Guran. Aloi tidak dapat menahan kemarahannya. Dia menghempaskan helmet ke tanah sambil menyumpah. Dia menjerit nama Guran. Aloi rasa tertipu dan dimalukan di hadapan kawan-kawannya. Dan dia merasakan Guran patut menerima balasan.Waktu itu, Aloi teringat akan satu perkara yang boleh memuaskan hatinya. Sesuatu yang boleh menebus malunya. Apakah maksud mimpi Guran itu? Adakah ia gambaran kematiannya? Apa yang akan berlaku seterusnya kepada Guran? Bagaimana dia akan berhadapan dengan Aloi? Dan apakah perkara yang boleh memuaskan hati Aloi dan dapat menebus malunya? Semuanya dalam Selekoh Terakhir...~

Selekoh Terakhir… (Fragmen 2)
Guran masih lagi di bar. Minum untuk menenangkan diri. Guran berkata sesuatu kepada pelayan bar. Dia meminta segelas Jack Daniels lagi. Pelayan itu memerhatikan Guran. Pelayan itu  tidak berkata apa-apa. Dia menuangkan wiski ke dalam gelas. Guran meneguk wiski.Sudah banyak Guran minum. Dia cuba untuk melupakan mimpinya tadi. Namun, kepalanya masih sarat dengan pelbagai persoalan. Apakah maksud mimpinya sebentar tadi? Benarkah ianya gambaran kematiannya? Tidak pernah dia bermimpi seperti itu sebelum ini. Mimpi itu benar-benar mengerikan. Guran mengingat semula bagaimana seekor kucing hitam yang buru-buru melintas jalan. Guran membrek mengejut dan hilang kawalan. Tangannya terlepas dan dia terpelanting ke sebelah kanan jalan. Sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan menderu dan melanggar Guran. Guran terpelanting lagi dan kali ini lebih jauh. Guran terlentang. Bahu kanannya terpulas. Kaki kirinya terlipat. Tubuhnya terketar-ketar. Bibirnya terjuih. Tak lama, lendiran merah keluar perlahan dari mulut. Hergh...Hergh...Guran sedaya bernafas. Matanya mula memberat. Guran berusaha membuka. Perlahan, mata Guran menutup.Rapat. Mimpinya sampai di situ sahaja kerana dia tersedar apabila dikejutkan oleh Dron. Di satu selekoh, ketika seekor kucing hitam sedang melintas jalan, itulah saat kematian kau, Guran. Guran mengusap rambutnya. Adakah itu satu petunjuk? Adakah dia benar-benar akan ditimpa kemalangan dan mati sekiranya berlumba dengan Aloi malam ini? Aloi, lelaki itu pastinya sedang menunggunya di tempat perlumbaan. Dan tentunya juga lelaki itu berasa marah kerana seperti dipermainkan oleh Guran. Aloi akan ditertawakan oleh kawan-kawannya. Dan Aloi akan mencarinya selepas ini kerana maruah Aloi sudah tercalar. Guran tidak tahu sama ada keputusannya untuk tidak berlumba malam ini adalah tepat. Fikirannya buntu. Seperti dia mempercayai mimpinya itu akan menempah nyatanya. Dan kucing hitam itu. Ya, kucing hitam itu adalah sebab kematiannya. Wiski sudah habis diminum. Guran seperti ingin minum lagi. Namun, kemudian niatnya untuk memesan segelas wiski lagi dibatalkan. Guran seperti mendapat ketenangannya semula. Sesaat, dia melihat pelayan bar. Guran tersenyum. Pelayan bar itu membalas senyuman Guran. Tiba-tiba Guran teringat kepada seseorang. Oh, tidak! Dengan pantas, Guran mengeluarkan wang dari dalam dompetnya dan menyerahkan kepada pelayan bar. “ Simpan bakinya” kata Guran. Pelayan bar itu terpinga-pinga. Guran segera meninggalkan bar itu dan berlari menuju ke arah motosikalnya. Amanda...
Bersambung di Fragmen 3~

Selekoh Terakhir…(Fragmen 3)
Guran mengeluarkan kunci motosikal dari dalam saku seluarnya. Kerana terlalu gopoh, kunci itu terlepas dari tangannya lalu jatuh ke tanah. Guran segera menunduk untuk mengambil kunci itu semula. Tiba-tiba dia terdengar suara seseorang menjerit meminta tolong. Suara itu datangnya dari lorong di belakang bar itu. Guran ingin cepat. Dia tidak ada masa untuk semua itu. Guran menghidupkan enjin motosikalnya. Dia kemudiannya memecut meninggalkan bar itu. Jauh juga dia sudah meninggalkan bar itu. Sesaat, Guran berasa serba salah. Orang itu dalam bahaya, fikirnya. Guran berpatah balik. Dia menuju ke bar itu semula. Guran pergi ke lorong belakang. Guran mencari arah suara itu tadi. Namun, suara itu sudah tidak kedengaran lagi. Tidak lama, Guran terlihat sekujur tubuh gadis terlentang. Guran segera menghampiri tubuh itu. Guran melihat wajah gadis itu memucat. Kulitnya mengecut. Seperti orang kehilangan semua darah. Pandangan Guran terarah kepada leher gadis itu. Di leher gadis itu ada dua kesan tusukan. Di luar tusukan itu terdapat kesan darah yang masih membasah. Guran kehairanan. Apakah yang telah berlaku kepada gadis ini? Adakah darahnya telah dihisap? Guran diselubungi rasa takut. Dia segera lari meninggalkan gadis itu di situ. Guran menghidupkan enjin motosikalnya. Dia kemudiannya memecut laju.
Wajah Guran diterjah angin malam. Dia merasa seram sejuk. Gadis itu tadi telah dihisap darahnya. Wajah gadis yang pucat dan kekeringan itu masih jelas terbayang. Kenapa dia harus berpatah balik? Kenapa dia harus melihat semua itu? Dalam ketar, Guran gagahkan dirinya untuk terus menunggang motosikalnya itu. Guran teringat kepada Amanda semula. Dia terus memecut laju untuk segera pulang ke rumah. Sesampainya di rumah, Guran segera memasang lampu ruang tamu. Dia memanggil-manggil nama Amanda. Tidak lama, Amanda perlahan-lahan keluar dari bilik.Dia meraba-raba sekitar. Guran segera mendapatkan Amanda. “Abang dah balik? “ tanya Amanda. Guran memeluk erat Amanda, adiknya itu.Amanda kehairanan. “Kenapa abang? Apa sudah berlaku?” tanya Amanda lagi. Guran tidak menjawab. Sebaliknya terus memeluk Amanda. Tidak lama, mata Guran bergenang. Air matanya menitis. Guran menangis. Amanda mendengar tangisan Guran. Dan Amanda semakin kehairanan. Apa yang telah berlaku kepada abang?
Bersambung di Fragmen 4~

Selekoh Terakhir…(Fragmen 4)
Aloi membelek-belek helmetnya yang tercalar dan sedikit pecah. Aloi merasa kesal kerana menghempaskan helmetnya itu tadi. Schuberth SR-1, mahal bukan kepalang dia membeli helmet teknologi itu. Namun, amat ringan tangannya menghayun dan menghempaskan helmet itu ke tanah. Semuanya kerana Guran. Guran telah mempermainkannya malam ini.  Aloi berasa tertipu. Aloi telah ditertawakan oleh kawan-kawannya. Dan dia rasa sungguh malu. Aloi berasa amat tidak puas hati dengan apa yang telah Guran lakukan kepadanya. Hatinya menyumpah Guran. Aloi meletakkan semula helmetnya di kerusi. Perlakuan Aloi itu diperhatikan oleh Condut. Jelas, Aloi masih tidak dapat menyembunyikan perasaan marahnya. Condut faham perasaan Aloi. Bagaimana Aloi meminta dia membaiki motorsikalnya. Bagaimana Aloi memberitahu Condut bahawa dia mesti menang malam ini.  Begitu Aloi bersiap sedia untuk berlumba dengan Guran. Namun, lain pula yang terjadi. Guran tidak memunculkan diri malam ini. Sedangkan Guran sudah berjanji untuk berlumba dengan Aloi. Aloi seperti orang bodoh, menunggu Guran yang tidak datang-datang. Aloi menghirup habis bir Guinness di dalam gelas. Aloi mengeluarkan sebatang rokok dan menghidupkannya. Rokok disedutnya dalam-dalam. Aloi melihat Condut. Dia seakan tahu Condut memerhatikannya dari tadi. “Masih marah lagi?” Condut memberanikan diri bertanya. “Huh! Rasa nak patah-patahkan tulang Guran,” kata Aloi. “Sabar, kawan. Nah, minum lagi,” Condut menuangkan bir Guinness ke dalam gelas Aloi. Aloi membuang rokok yang belum lagi setengah dihisapnya ke tanah. Aloi menatang gelas, menghirup bir Guinness itu lagi. Aloi meletakkan gelas itu di meja semula. Condut ingin menuangkan lagi, namun dihalang oleh Aloi. “Cukuplah,” kata Aloi. Tidak lama, Aloi mengambil helmetnya di atas kerusi dan kemudian berdiri. Dia seperti ingin beredar dari situ. Perlakuan Aloi menarik perhatian Condut. “ Kau hendak ke mana?” tanya Condut. “ Balik,” kata Aloi. “Baiklah, jaga diri kawan,” kata Condut. Aloi mengangguk. Aloi memakaikan helmet di kepala. Dia menuju ke arah motorsikalnya. Aloi menghidupkan motorsikalnya. Kemudian memecut dan beredar dari situ. Condut masih lagi di situ. Dia memerhatikan Aloi yang sudah pergi. Condut kemudiannya melambai ke arah tauke kedai. Tauke itu perasan dengan perlakuan Condut “Guinness, satu botol lagi!” kata Condut. “Baik,” kata tauke kedai itu.
Bersambung di Fragmen 5~Nantikan sambungannya...

Singgah di blog saya

Breaking News
Loading...