This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Friday, December 11, 2015

Ayah Lupa..


Ayah Lupa..

Kepada mereka yang bergelar ayah dan mempunyai seorang anak lelaki, bagaimana hubungan anda dengan mereka? Selalunya mereka menarik perhatian kita. Namun, kadang-kadang tingkah laku mereka yang tidak menyenangkan membuatkan kita marah. Selami jiwa seorang ayah dan anak lelaki mereka dalam kisah Ayah Lupa. Selamat membaca. :)

“Dengarlah, Anakku : aku mengatakan hal ini ketika kamu terbaring tidur. Di pipimu ada bekas cakaran kecil dan di dahimu yang lebar terdapat rambut keritingmu yang basah.
Secara diam-diam aku memasuki bilikmu.Beberapa ketika sebelum itu, aku membaca suratkhabar di bilik bacaan, aku tiba-tiba didatangi rasa kesal yang amat sangat. Dengan perasaan bersalah tadi, aku mendekati katilmu. Dalam diri aku berkecamuk fikiran : aku bertindak kasar terhadapmu, Anakku. Aku membentakmu sewaktu kamu memakai pakaian untuk pergi ke sekolah kerana kamu hanya mencuci muka sahaja. Aku menghukum kamu kerana tidak membersihkan kasutmu. Aku marah-marah kerana kamu menyelerakkan barang-barangmu di atas lantai. 
Pada waktu sarapan aku juga menemui kesalahanmu. Kamu selerakkan benda-benda. Kamu tumpahkan makananmu. Kamu letakkan sikumu di atas meja. Keju yang kamu sapukan pada roti terlalu tebal. Dan sewaktu kamu pergi bermain dan aku mahu pergi bekerja menaiki kereta api, kamu berpusing, melambai-lambaikan tangan dan berteriak, “ Selamat jalan, Ayah! Dahiku berkerut, lalu menjawab, “Pusingkan bahu kamu!”

Pada waktu petang kejadian itu berulang lagi. Sewaktu aku sampai di jalan, aku melihat kamu sedang bermain guli sambil berlutut. Sarung kakimu berlubang-lubang. Aku memarahimu di hadapan teman-temanmu dan mengarahkan kamu berjalan pulang di hadapan aku. Sarung kaki itu mahal – dan sekiranya kamu membelinya dengan wang kamu sendiri, kamu tentu akan lebih berhati-hati! Ingatlah anakku ianya pemberian ayah!
Setelah itu ingatkah kamu, waktu aku sedang membaca di bilik bacaan, kamu datang ketakutan dan di matamu ada tanda-tanda kekecewaan? Waktu itu aku sibuk membaca, kamu berada di muka pintu dan teragak- agak. “Apa yang kamu mahu?” sergah aku.
Kamu tidak berkata apa-apa, tetapi terus berlari kearahku dan merangkulku kuat-kuat lalu mencium aku. Tangan mungilmu memegangku dengan kelembutan yang diberikan oleh Tuhan di hatimu, dan ianya tidak dapat disangkal oleh mereka yang tidak mempunyai perhatian sama sekali. Dan kemudian kamu berlari menaiki tangga ke tingkat atas.

Seketika selepas itu, anakku, suratkhabar yang aku baca terjatuh dan tiba-tiba aku berasa cemas dan takut. Apakah kebiasaan yang telah merasuk diri aku? Kebiasaan mencari kesalahan , memaksa - inilah hadiah aku kepadamu sebagai anak lelakiku. Itu bukan kerana aku tidak menyayangimu ; tetapi aku terlalu mengharapkan terhadap sesuatu pada masa muda. Aku mengukur dirimu dengan ukuran aku sendiri seperti mana yang berlaku pada masa aku. 
Dan ada terlalu banyak yang baik dan lembut serta benar dalam perwatakanmu. Hatimu walaupun kecil ternyata berjiwa besar, sebesar cakerawala. Ini ternyata ketika kamu secara spontan bergegas lari dan menciumku sebagai ucapan selamat malam. Malam ini, hanya kamu yang aku fikirkan, Anakku. Aku telah berada di tepi katilmu dalam kegelapan dan aku berlutut di situ, malu kepada diriku sendiri!

Ini memang suatu penyesalan yang lemah: aku tahu kamu tidak akan mengerti ini semua sekiranya aku katakan kepadamu ketika jagamu. Tetapi esok aku akan bersungguh-sungguh menjadi seorang ayah! Aku akan bersama denganmu, menderita apabila kamu menderita dan tertawa jika kamu tertawa. Lidah aku akan kuketap jika aku ingin mengeluarkan kata-kata yang kurang sabar. Aku akan berkata seolah-olah ianya satu kebiasaan : Dia hanya seorang budak lelaki – budak lelaki yang masih kecil!”
Aku khuatir sekiranya telah memperlakukanmu seperti seorang dewasa. Namun ketika aku memandangmu, anakku, tidur meringkuk dan kelihatan letih di sebalik selimutmu, aku menyedari bahawa kamu masih anak-anak. Kelmarin kamu masih digendong oleh ibumu, kepalamu di bahunya. Aku telah menuntut terlalu banyak, terlalu banyak...

Tamat...

p/s : Walau apa jua yang berlaku, anak tetap seorang anak :)

Diadaptasi daripada Father Forgets


Zahiril Adzim : Sayap Jibril


Pelakon Zahiril Adzim menganggap watak orang buta yang dipegangnya dalam drama Sayap Jibril sebagai hadiah dari Allah S.W.T.
Menjelaskan mengapa dia merasakan begitu, Zahiril berkata watak Ustaz Raihan yang dilakonkannya menerusi drama tersebut adalah salah satu cara untuk dia mendekatkan diri dengan agama dan kepada Yang Maha Esa.
“Saya ini bukanlah orang yang belajar agama secara formal dan saya tidaklah belajar di sekolah agama atau sebagainya. Jadi untuk belajar ilmu-ilmu agama ini, saya perlu masuk ke kelas untuk belajar sedikit-sebanyak.
“Justeru apabila diberi peluang melakonkan watak sebagai orang yang beriilmu dalam agama (ustaz), saya anggap ini adalah peluang untuk saya berdakwah. Mungkin ini adalah cara saya untuk berdakwah menerusi lakonan,” kata Zahiril sewaktu ditemui dalam Mimbar Pencetus Ummah malam tadi.
Mengulas tentang lakonannya sebagai Ustaz Raihan, dia berkata antara cabaran utamanya adalah kerana perlu melakonkan watak seorang yang cacat penglihatan.
“Memang mencabar kerana sepanjang penggambaran tersebut, saya perlu meletakkan kedudukan anak mata saya ke atas, kadang-kadang sampai pening dan agak memenatkan. Tapi saya anggap ini adalah satu cabaran,” katanya.
Menyentuh tentang impak Ustaz Raihan pada dirinya, Zahiril berkata dia banyak belajar tentang keagamaan dan sedikit-sebanyak dapat membantu dirinya memperbaiki diri sebagai seorang Muslim.
Sayap Jibril mengisahkan tentang Ustaz Raihan, seorang yang cacat penglihatan tetapi mempunyai kelebihan iaitu dia sering didatangi mimpi yang menjadi petanda seseorang sedang nazak dan memerlukan pertolongan.
Setiap episod, Ustaz Raihan akan bermusafir menemui mereka-mereka yang sedang nazak dan membantu mempermudahkan mereka berhadapan dengan Sakaratul Maut.




Zahiril Adzim dan Keluarga








Breaking News
Loading...